Pages

Sunday 18 March 2012

My Life As A Nurse

Assaalamualaikum....

Sebenarnya... ikhlas cakap.. jururawat bukan kerjaya pilihan aku pada mulanya.. aku rasa sejak dari bangku sekolah rendah lagi... dulu2 cikgu mesti tanya cita2 kita nak jadi apa.. majoriti akan cakap pilihan pertama diaorang sebagai ' CIKGU'.. sebabnya... sebab hari2 dok tengok cikgu.. tengok cikgu pakai baju cantik2, hari2 dok tunggu nak tgk cikgu pakai baju apa hari ni, pakai kasut warna apa, pakai hand bag warna apa.. kan..kan..kan..

Pilihan kedua 'DOKTOR'... x tau la sbb apa nak jadi doktor.. hahah..
pilihan ketiga 'POLIS'... sebab?.. tah.. lupa.. heheh..

So.. macam mana aku leh terjadi misi ni...
di pendekkan cerita.. (sebab aku tau la korang pun malas nak baca panjang2 kan...?) lepas SPM aku ditawarkan kerja kontrak sebagai KERANI kat salah satu syarikat telekomunikasi yg paling gah la pada masa tu... (actually gah sampai sekarang ni)..

Bestnya keja kerani.. hari2 leh melaram baju lain2...(tercapai gak hasrat nak melaram sakan walaupun x jadi cikgu kan..) masa tu tahun 1998.. gaji yg di terima masa tu RM480... banyak tu.. heheh.. macam2 leh buat.. dengan duit gaji tu la aku bagi mak, buat bayar lesen keta, moto, buat ambik computer class.. yang bestnya.. tetiap bulan aku bagi semua gaji aku kat mak.. lepas tu mak akan bagi balik kat aku sehari RM5 utk belanja.. ala2 macam duit sekolah.. lagipun baru lepas habih SPM..

Kerja la aku kat situ, sambil2 mintak jadi polis (kena reject sbb accident masa nak pi open interview.. kawad dengan kaki capik), isi borang cikgu, interview kastam, interview macam2 la.. dan x lupa jugak aku isi borang SPA dan hantaq... dulu2 ada 10 pilihan jawatan kan?.. nak tau x... jururawat aku letak last choice... x lama kemudian aku di panggil untuk interview.. 1st interview aku x pi.. sbb jawatan yg di tawar tu jururawat.. 2nd interview aku pi sbb aku fikir mungkin kat sini rezeki aku..

Memang sah!! rezeki aku.. aku di tawarkan mengikuti kursus kejururawatan selama 3 tahun kat negeri pantai timur.. fuh... seumur hidup x pernah berpisah dgn mak dan arwah abah aku... sedihnya.. dengan berat hati aku pi la jugak..

1st month kursus rasa mcm x besh.. nak lari balik ja.. tapi memandangkan elaun dia lagi banyak dari gaji aku sekarang aku go on ja... hari berganti minggu,  seterusnya habih satu semester... pun x brapa kinat lagi nak jadi misi... hujung semester 2 baru perasaan tu ada.. So disinilah tetiba aku terminat sangat2 nak jadi nurse sampaila habih 3tahun.. dapat top student dan jadi president MPP lagi tu.. (ceewah.. ayat riak ka ni... astarfirullahilnaazim...)


bersambung......................

No comments:

Post a Comment